Thursday 2 August 2012

got to go

aku cuma perlukan sedikit ketabahan dan kekuatan saat ini. secebis kekuatan untuk melepaskan kau pergi,mengikhlaskan hati menerima kau sebagai kawan sahaja. semoga hati ini terus tabah. semoga kau akan berbahagia dengan kehidupan kau. aku akan tetap menyayangi kau.


Saturday 28 July 2012

Aku cuma nak beritahu

Aku percaya kau lebih faham apa yang jadi antara kita lebih dari orang lain malah mungkin lebih daripada aku sendiri kerana kau yang aku kenal sangat bijak dalam mentafsir keadaan. Tapi kenapa kau buat aku macam tu?? Kau nak kita jadi kawan sahaja sekarang, walaupun aku mintak lebih daripada itu. Fine, aku ikutkan kemahuan kau. Aku ikhlaskan hati, paksa hati mungkin terima kau jadi kawan, sepatutnya kau tahu perasaan aku, tak banyak tapi sikit aku pasti kau  faham. 


Tak boleh ke kau tunggu setahun dua lagi, mungkin 6 bulan daripada sekarang baru kau tanya soalan macam tu pada aku? Kau ingat macam mana perasaan aku yang terang lagi bersuluh sayang lagi kat kau tapi kau tanya pendapat aku pasal perempuan yang kau baru rapat??



Sepatutnya kau kenal aku lebih daripada orang lain. Aku selalu cakap aku ni kental, keras hati, tapi kau lebih tahu bukan hati aku macam mana, tak seperti yang dikata tu. Tapi mungkin kau dah terlupa, mungkin fikir hati aku ni sekental hati Robocop atau Terminator mungkin. Apa, kau nak ingatkan aku ke yang status kita kawan maka kita dah boleh tukar-tukar pendapat pasal partner baru?heh...walaupun mungkin satu hari nanti aku ada dalam situasi kau, tapi aku akan jadikan kau pilihan terakhir untuk aku bertanya. Kenapa? sebab aku hormatkan perasaan kau, jaga hati kau. Tak mungkin aku akan cerita pasal seorang yang bakal gantikan tempat kau satu masa dulu. Aku tahu, tak banyak tapi sikit kau akan terasa jugak. Tapi kau, ada kau fikir hati aku??


Aku ingat aku kejam pada kau dulu, tapi rupanya kau pon kejam sekarang. Karma mungkin kau panggil keadaan sekarang ni. Maka terima kasih aku ucapkan kepada kau yang masih aku sayang kerana membalasnya sekarang. Kalau kau nak move on dengan cari pengganti baru, silakan, tapi aku mohon, jangan  tanya pendapat aku lagi.Lebih elok jangan beritahu pada aku. Hipokrit aku untuk jadi kawan kau ada tahapnya. Aku cuba ikhlaskan hati untuk lepaskan kau. Untuk lupakan kau, aku tak mampu. Aku akui aku sayang dan rindu lagi dekat kau. Tapi aku akan cuba belajar untuk hidup tanpa kau. Aku doakan kau akan sentiasa gembira. Aku percaya Dia akan jaga dan sayang kau lebih dari segala-galanya. So, I'm leaving you under His care my dear R. 



Friday 13 July 2012

the existential

aku tersentap. ya...aku tersedar, mungkin besar kesilapan aku ni pada dia. aku kata aku dah terima hakikat ni. tapi kenapa rasa tersentap lagi?? tengah berpura-pura atau melarikan diri?? i lost him...nowhere to be found..aku rindu dia..aku tak tipu. tapi bila aku sedar kewujudan aku bukan lagi apa-apa pada dia...sakit tu datang lagi..rasa yang aku sangka dah pergi...time will heal everything..maybe yes...tp berapa lama aku taktau. sesdang cuba mencari diri sendiri yang hilang entah kat mana.

Wednesday 11 July 2012

hilang dan tak jumpa

aku ni jahat ke?? dah kena cop perempuan jahat ke??? aku tau tu salah aku..tp.... takpelah, orang selalu judge someone by its cover..tapi hati aku ni ada siapa tau?? taktau...mereka takkan pernah tau..apa aku rasa sekarang ni...tengah berusaha hidup dengan gembira...yes!! i'm pretend again...penat...seriously penat..kalau aku mampu, aku dah pergi bawak diri kat satu tempat yang takde siapa kenal aku....ye...aku penat sangat..
rasa sakit tu double...kau hilang orang yang kau sayang, yang menyayangi kau...at the same time kau hilang diri kau...mana nak cari??? tuan punya diri pon taktau kat mana?? dia hidup tapi dah macam orang lain...its damn painful to me.....how much i wish, ada someone yang datang kat aku, then bagitau, kau nampak ok..tapi aku tau kau tak okey....your inside has torn apart...tapi aku sedar, takkan ada kn?? live your life dear me...pujuk diri kau sendiri...kau akan jadi lebih kuat lepas ni... 

Monday 9 July 2012

move on dan single itu kool



mereka cakap single tu best, superb, kool...and whatsoever lg...memang best kalau kita memang betul-betul single la...bukan status je single tapi hati tak....maksudnya hati kau tu terpaksa rela bg kat orang lain..eh, tercuri la senang cakap. ni termasuklah kes tak boleh nak lupakan ex, chenta dlm diam...crush tu sume....and it damn painful sometime...tak terasa..tak terasa
so....the best thing to do utk men'single'kan hati ada banyak cara sebenarnya. 

1.sekarang aku tengah cuba menghafal fakta bahawa aku dan dia...ya kau tu..( in case kau terbaca aku mengumpat kau ni ) takde jodoh. mungkin Allah nak jumpakan kita dengan jodoh yang betul. redha orang tua-tua kata..haih...

2. putuskan segala hubungan. no contact. takde nak koling-koling, texting, stalking fb ke....sebolehnya jgn buat. sebab nanti makin rindu, ya...kau akan rasa rindu sambil nangis2 sedih sorang2...siyes aku tak terasa..heh. 

3. kalau ada yang still texting or call lg...aku cadangkan buat satu expired date...tetapkan satu hari last yang tu adalah hari terakhir korang akan call or texting dia. sebelum sampai expired date tu, berangan la puas2, kenang la puas apa-apa memori daun pisang tu sebab lepas expired date tu korang akan stop terus contact mereka. sempena dah last day tu, bg la ayat penutup yang mantap sikit, yg ni sila ikot kreativiti sendiri. yang penting ayat tu mkn dalam sampai tersentap...kahkahkah

4.  so move on. dah single kan, apa lagi...flirting la puas2...hahahhaa. buat semua benda yang korang tak dapat nak buat time couple dulu. pegi la komen2 kt status member lelaki kt FB, lepak dengan member-member..dan apa-apa jelah yang terhalang dulu tuh. dah takde siapa nak halang..tapi janganlah lebih-lebih pulak berkawan tu...yang penting kena gitau kat parents gak..pendek kata...kau cuma kena jaga hati sendiri je, tak payah susah-susah nak jaga hati couple kau..kool kn hidup dengan diri sendiri je??

last sekali, semoga berjaya kepada diri aku. yup!!!! diri aku...esok expired date, tapi aku malas  nak buat sesi mari mengenang semula memori lampau dengan kau tu...membazir masa tenaga aku ingat kat kau...lagi pon aku dah jadi sikit sarkastik sekarang, sarkastik cinta....ha...dah boleh buat tajuk novel pon ni..kah3.....aku pon dah malas nak couple-couple ni...siyes penat. so...selamat datang ke dunia cik-cik single yang happy dear me!!!

Thursday 5 July 2012

the Loner

bukan entri heartbroken or leplep kali ni..tapi ini list perkara-perkara luar alam ( bg aku jela kot ) yang aku nak sangat buat..

1. tengok wayang sorang-sorang - sumpah tak penah buat langsung, tapi teringin nak buat. well, nak harap member teman pon dorang bz..

2. shopping sorang-sorang - tak pernah buat sebab aku terasa macam bodoh je keluar shopping or window shopping takde teman.. masa untuk membuktikan teori.

3. makan sorang-sorang - ni lagi la...pada aku sapa makan takde teman orang tu sangat kasihan. tapi tak semestinya 24 jam kita kena berteman ye tak??kena jugak belajar hidup sendiri. ala2 survival la lebih kurang.

4. bercuti sorang-sorang - okeh..yang ni sangat hebat pada aku walaupun idea ni dah menerima bangkangan beberapa pihak berwajib dan bersekutu tapi aku nak buat gak!!!! paling best dpt pegi pulau, boleh jalan tepi pantai...

kenapa idea aku ini semuanya dijalankan secara sorang-sorang. bukanlah aku forever loner tapi sedang adapt dengan situasi semasa. sebelum ni baru aku perasan yang aku ni selalu bergantung dekat orang.. nak pegi mana-mana mesti heret orang lain, family, kawan-kawan, bf, eh...ex-bf...jadi this is turning point. tak selalu boleh harap orang lain kan. masa untuk hidup sendiri. 


Wednesday 27 June 2012

Lelaki pandai main gitar-----> hensem???

Sejak bertahun-tahun inilah masalah aku, senang nak tercair tengok lelaki pandai main gitar. Tercair jelah, bukan stuck on them terus yer...kira lelaki yang pandai main alat muzik ni ada satu kelebihan selain beriman, bertaqwa, sporting...of course yang ni lagi penting, macam side function la...
nanti dah kawen petang-petang boleh layan main gitar dengan cik wife dekat tepi kolam ikan (kalau rumah aku ada kolam ikan..huhuu), cik wife boleh request lagu favourite beliau.. nanyi sama-sama dengan en. husband, tak payah susah-susah nak pegi red box ke apa...siap boleh save duit lagi, romantik pon ye..kalau ada anak-anak dorang pon boleh join sekali. eh..eh..jauh sangat dah pikir ni...heh.
malas nak bebel lagi....tata...

kalau aku jd nadira....lallaaaalaa


en.husband-to-be main lebih kurang mcm ni lah nnti kot..har har har,,,,